TalkSabah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
TalkSabah

Discuss,Share, inspire..


You are not connected. Please login or register

Batalkan Polisi Cabbotage For Sabah

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Batalkan Polisi Cabbotage For Sabah Empty Batalkan Polisi Cabbotage For Sabah Sun Mar 29, 2009 1:42 am

Junkers 109

Junkers 109
Flag Bearer
Flag Bearer

The Cabotage Policy


Salam sejahtera kepada rakan2 seperjuangan,

Seperti kita sedari, ekonomi negara kita bergantung kepada industri perkapalan dimana ia memaintkan peranan yg amat penting dalam perdagangan, khususnya dalam eksport dan import. Ia berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan merupakan diantara sektor yg mampu menjanjikan peluang2 pekerjaan.

Sebelum Januari 1980, belum adanya pelesenan perkapalan untuk memantau bilangan kapal-kapal dari luar negara yg beroperasi di perairan Malaysia. Oleh itu sebilangan kecil pemilik-pemilik kapal yg menawarkan servis2 perkapalan diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak terpaksa berdepan dengan persaingan ketat dari kapal-kapal dari luar negara yg beroperasi dalam lingkungan perdagangan domestik ini. Kerajaan Malaysia pada masa itu mengambil keputusan untuk mengadakan suatu polisi untuk melindungi kepentingan pemilik2 syarikat kapal ini. Oleh demikian, polisi Cabbotage diperkenallkan pada 1 Januari 1980 agar ia memberi peluang yg lebih luas utk pemilik syarikat kapal2 Malaysia utk cari makan dlm lingkungan perdagangan domestik ini.Dengan adanya polisi Cabbotage ini turut melahirkan Badan Pelesenan Perkapalan Domestik ( DSLB).

Melalui polisi ini, pengangkutan domestik menjadi zone khas kepada kapal2 Malaysia yg mengibarkan bendera malaysia. Pelesenan kapal2 ini terletak dibawah kuasa DSLB. DSLB turut menggalakan untuk mempromosikan pelesenan kapal secara lokal serta local incorporation of companies engaging in this domestic shippings

Dengan adanya polisi ini, kargo2 dari luar negara terpaksa belayar ke Port Klang dan barulah kapal2 tempatan ( Malaysia) mengangkut kargo ini ke pelabuhan2 di Sabah dan Sarawak. Prosedur yg sama juga bagi kargo2 dari Sabah Sarawak yg terpaksa belayar ke Port Klang sebelum dibenarkan mengimport ke luar negara


Namun begitu, baru-baru ini kedengaran suara2 bantahan dari Sabah yg meminta supaya polisi Cabbotage dibatalkan. Memang patut polisi gila ini dibatalkan kerana

1) Polisi ini telah melahirkan sebuah kartel dimana syarikat2 perkapalan mengeksploitasi harga pengangkutan kargo diantara Semananjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Pemantauan harga pengangkutan domestik tdk mendapat pemantauan secukupnya dan sebaliknya telah menyusahkan pengimport dan pengeksport dari Sabah.

2) Oleh kerana monopoli syarikat perkapalan tempatan dalam pengangkutan domestik ini, kualiti servis untuk Pengimport dan eksport menurun dan pengimport dan pengeksport tdk mempunyai peluang lain kecuali begantung kepada servis syarikat2 perkapalan tempatan ini.

2)Bahan komersil dan kargo import yg diangkut oleh kapal-kapal dari luar negara terpaksa ditinggalkan di Pelabuhan Klang dan barulah ia diforwardkan ke Sabah/Sarawak oleh kapal2 tempatan, sudah tentu mmg akan ada kos pengangkutan yg lebih yg dicaj oleh syarikat2 perkapalan tempatan dimana kos ini akan mempengaruhi harga2 barangan yg dijual di Sabah Sarawak. Inilah mengapa kos barangan di Sabah/ Sarawak lebih mahal dari Malaya.

3) Polisi ini menghalang Pelabuhan2 Sabah daripada bersaing dengan Pelabuhan Klang dan Singapura sebagai hab BIMP-EAGA. Pelabuhan2 Sabah seperti di Sepanggar, Tawau dan Sandakan sememangnya mempunyai lokasi yg strategik dlm BIMP-EAGA dan pelonggaran polisi ini akan menjadikkan pelabuhan2 Sabah pesat membangun dengan aktiviti perdagangan yg lebih efisen diantara Sabah/Sarawak dan negara2 jiran seperti Brunei, Singapura, dan China.

Oleh demikian, ia amat penting bagi polisi ini dibatalkan sama sekali. Kerajaan Sabah patut teruskan usaha utk memastikan Kabinet Malaysia supaya membatalkan polisi Cabbotage .[b]

https://talksabah.forumotion.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum